Assalamualaikum Warga Ibu Bapa dan Penjaga Sekolah Yayasan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah buat julung kalinya akan mengadakan program “Beyond Burnout: Mental and Emotional Wellbeing Talk & Guided Support Group” khas untuk ibu bapa dan penjaga Sekolah Yayasan.
Program ini akan dikendalikan oleh Ohbabybean, dengan sokongan Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober 2026.
Program ini akan diadakan pada:
- Tarikh: Jumaat, 16 Oktober 2026
- Masa: 8.00 pagi – 11.30 pagi
- Tempat: Perpustakaan Sekolah Yayasan
“Beyond Burnout” merupakan ruang sokongan untuk ibu bapa dan penjaga yang ingin lebih memahami dan mengurus emosi, berkongsi pengalaman dalam suasana yang selamat, serta mempelajari cara untuk membina hubungan yang lebih sihat bersama anak-anak dan keluarga.
Penyertaan adalah percuma.
Jika berminat untuk menyertai program ini, sila mendaftar melalui pautan berikut:
Selepas pendaftaran dibuat, pihak pengurusan akan menghubungi peserta melalui emel bagi pengesahan penyertaan.
Terima kasih dan kami mengalu-alukan penyertaan ibu bapa dan penjaga.