Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bahagian Kaunseling, Kementerian Pendidikan akan mengadakan Program G.I.N.I.S A bagi pelajar Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Hari/Tarikh: Khamis, 14 Mei 2026
Masa: 8:30 pagi – 12:00 tengah hari
Tempat: Lecture Hall
Sasaran: Pelajar Tahun 7
Program G.I.N.I.S merupakan singkatan bagi Galas, Insan, Nasionalisme, Intelektual dan Stabil. Program ini dianjurkan oleh Unit Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.
Antara agensi yang terlibat bagi Kumpulan A ialah:
- Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri
- Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama
- Jabatan Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama
- Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Perdana Menteri
- Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri