Konvensyen Pemimpin Muda Brunei 2026 (Brunei Young Leaders Convention 2026)

Assalamualaikum w. b. t. dan salam sejahtera,

Dimaklumkan kepada semua pelajar Sekolah Menengah Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah yang berumur 15 tahun ke atas bahawa pendaftaran penyertaan Konvensyen Pemimpin Muda Brunei 2026 (BYLC 2026) kini dibuka.

Butiran program:

Tarikh: 9hb hingga 11hb November 2026 (Isnin hingga Rabu)

Tempat: Banquet Hall, Dewan An-Naura

Peserta sasaran: 150 – 200 orang belia dan pemimpin belia Brunei berumur 15 – 45 tahun

Objektif Konvensyen:

 

    1. Menghimpunkan belia, agensi, pembuat dasar, sektor perniagaan dan pemimpin masyarakat untuk memupuk kerjasama dalam membentuk masa depan Brunei.
    2. Memperkukuh pemahaman belia terhadap Wawasan Brunei 2035 melalui perkembangan semasa serta perbincangan mengenai peluang dan cabaran negara.
    3. Menggalakkan peserta menukar idea kepada inisiatif, kerjasama dan program yang memberikan impak kepada masyarakat dan negara.
    4. Melahirkan pemimpin muda yang berteraskan identiti Brunei, berdaya tahan menghadapi perubahan serta bersedia menyokong Tahun Melawat Brunei 2027 melalui inisiatif komuniti dan perusahaan tempatan.

  1.  

  1.  

  1.  

Cara Mendaftar:

 

Semasa mendaftar, pelajar diminta memilih pilihan “Scholarship”.

Perkara penting:

 

    • Slot untuk scholarship bagi BYLC 2026 adalah terhad dan tertakluk kepada proses pemilihan.

    • Pelajar yang terpilih akan dihubungi oleh pihak BYLC 2026.

    • Pelajar yang terpilih akan hadir sendiri ke Dewan An-Naura, dan ibu bapa/penjaga dipohon menghantar dan mengambil pelajar ke tempat berkenaan.

    • Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Isnin, 26hb Oktober 2026.

Pelajar dialu-alukan untuk menyertai konvensyen ini sebagai peluang membina kepimpinan dan menyumbang kepada Wawasan Brunei 2035.

Sekian, terima kasih.

 

 

Enable Notifications OK No thanks