Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa/penjaga.
Dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah akan mengadakan kutipan derma bagi salah seorang pelajar sekolah ini yang ibunya baru sahaja meninggal dunia.
Ibu bapa dan pelajar yang berhasrat untuk memberikan derma bolehlah berbuat demikian pada hari Sabtu, 17 Oktober 2026. Sumbangan akan dikutip oleh guru kelas masing-masing semasa waktu pendaftaran, iaitu pada pukul 7.15 hingga 7.30 pagi.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kemurahan hati serta keprihatinan abiskita. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan abiskita dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Sekian, terima kasih.