LANJUTAN TEMPOH KUTIPAN DERMA KHAIRAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa/penjaga.

Dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah akan melanjutkan tempoh kutipan derma khairat bagi membantu salah seorang pelajar sekolah ini yang ibunya baru sahaja meninggal dunia.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa/penjaga dan pelajar yang berhasrat untuk menghulurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian mulai hari Isnin, 19 Oktober hingga hari Khamis, 22 Oktober 2026. Sumbangan akan dikutip oleh guru kelas masing-masing semasa waktu pendaftaran, iaitu dari pukul 7.15 hingga 7.30 pagi.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kemurahan hati, keprihatinan dan sumbangan ikhlas abiskita. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah serta mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Aamiin ya Rabbal ‘alamin.

Sekian, terima kasih.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala;

وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya:

“Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 261)

Enable Notifications OK No thanks