Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.
Dimaklumkan kepada ibu bapa, penjaga dan pelajar yang terlibat bahawa Majlis Pemantauan Majlis Khatam 80 Kali Khatam Al-Quran akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: Khamis, 11 Jun 2026
🕝 Masa: 2.30 petang
📍 Tempat: Masjid Jame’ ’Asr Hassanil Bolkiah
👔 Pakaian: Pelajar dikehendaki memakai baju seragam sekolah yang lengkap dan kemas.
🚗 Pengangkutan: Pengangkutan tidak disediakan. Ibu bapa/penjaga dimohon untuk menghantar pelajar ke Masjid Jame’ ’Asr Hassanil Bolkiah pada jam 2.00 petang dan mengambil mereka selepas majlis selesai.
📄 Sila rujuk lampiran untuk senarai nama pelajar yang terlibat dalam majlis tersebut.
Kerjasama dan perhatian daripada ibu bapa, penjaga serta pelajar amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.