Program G.I.N.I.S A Bagi Pelajar Tahun 7

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bahagian Kaunseling, Kementerian Pendidikan akan mengadakan Program G.I.N.I.S A bagi pelajar Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Hari/Tarikh: Khamis, 14 Mei 2026
Masa: 8:30 pagi – 12:00 tengah hari
Tempat: Lecture Hall
Sasaran: Pelajar Tahun 7

Program G.I.N.I.S merupakan singkatan bagi Galas, Insan, Nasionalisme, Intelektual dan Stabil. Program ini dianjurkan oleh Unit Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

Antara agensi yang terlibat bagi Kumpulan A ialah:

  • Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri
  • Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama
  • Jabatan Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama
  • Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Perdana Menteri
  • Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Enable Notifications OK No thanks