Kepada
Ibu Bapa dan Penjaga
Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
21 Februari 2026
Yang Mulia Pengiran/Dato/Tuan/Puan
PROJEK KONGSI REZEKI: SEDEKAH RAMADAN 2026
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas. Sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah akan melaksanakan Projek Kongsi Rezeki 2026, iaitu satu program amal tahunan yang bertujuan membantu golongan pesakit yang memerlukan bantuan di bawah Unit Kerja Sosial Perubatan, Hospital RIPAS, Kementerian Kesihatan.
Untuk tahun ini, seramai 15 orang penerima bantuan telah dikenal pasti oleh pihak Kementerian Kesihatan sebagai penerima sumbangan barangan keperluan asas melalui projek ini.
Sehubungan itu, pihak sekolah memohon sokongan Pengiran/Dato/Tuan/Puan bagi menyumbang barangan keperluan asas yang akan diagihkan kepada para penerima.
Bagi memastikan sumbangan lebih teratur, barangan asas dibahagikan mengikut Tahun seperti berikut:
Sumbangan Barangan Asasi Mengikut Tahun/Kelas
Tahun Jenis Sumbangan:
- Tahun 7: Beras
- Tahun 8: Mi segera / Biskut kering
- Tahun 9: Minyak / Garam / Gula / Sos cili / Kicap manis / Kicap masin
- Tahun 10: Makanan dalam tin
- Tahun 11: Minuman kordial / Kopi serbuk / Teh uncang / Milo
Tempoh dan Lokasi Penghantaran Sumbangan:
Tarikh: 21 Februari – 28 Februari 2026
Masa: 7.30 pagi – 12.00 Tengahari
Tempat: Perpustakaan, Sekolah YSHHB
Penglibatan pelajar sebagai sukarelawan
Selain daripada sumbangan barangan keperluan asas, pihak sekolah juga mengalu-alukan penglibatan para pelajar yang berminat untuk menjadi sukarelawan dalam membantu proses penghantaran barangan sumbangan ke rumah penerima bantuan akan tetapi penglibatan pelajar adalah terhad kepada 24 orang sahaja.
Bagi pelajar yang berminat, mereka dikehendaki memaklumkan hasrat tersebut kepada guru kelas masing‑masing. Namun begitu, penyertaan sebagai sukarelawan memerlukan persetujuan ibu bapa atau penjaga melalui borang kebenaran yang akan disediakan. Pelajar juga hendaklah mempunyai insurans pelajar yang masih sah bagi memastikan aspek keselamatan dan perlindungan diri terjamin semasa menjalankan aktiviti sukarelawan ini.
Pihak sekolah amat menghargai sokongan dan keprihatinan Pengiran/Dato/Tuan/Puan dalam menjayakan aktiviti kebajikan ini. Semoga segala sumbangan dan usaha murni ini menjadi amal jariah yang berterusan serta memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Sekian, terima kasih.