Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa majlis di atas insya-Allah akan diadakan seperti berikut:
🕒Jam: 8.00 – 10.00 pagi
🗓Tarikh: 11hb September 2025 / 18 Rabiulawal 1447H (Khamis)
📍Tempat: Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
🚪Pelajar terlibat: Semua pelajar
❗️Pakaian: Baju Cara Melayu / Jubah (lelaki) dan Baju Kurung / Gamis (perempuan)
Dimaklumkan juga bahawa ‘Majlis Membaca Yasin dan Solat Hajat’ akan diadakan sebaik saja selesai perarakan Maulidur Rasul. Sehubungan dengan itu para pelajar adalah dikehendaki membawa:
- Buku yasin
- Telekong (perempuan)
Para Pelajar juga digalakkan untuk mengambil wudhu lebih awal di rumah.
Sekian dimaklumkan. Wassalam