Pameran AI dalam Pendidikan: Menyokong Kreativiti dan Inovasi Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makluman kepada ibu bapa/penjaga bahawa pada tahun ini, pelajar-pelajar dari ketiga sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah) telah dijemput untuk mempamerkan hasil kerja ciptaan pengunaan AI dalam pembelajaran.

Pihak sekolah dengan sukacitanya mengalu-alukan para pelajar Sekolah Yayasan bersama ibu bapa untuk hadir menyaksikan pameran tersebut dan beberapa pameran dari agensi-agensi lain yang berkaitan dengan AI dan pedidikan.

Waktu pameran dibukakan kepada orang ramai adalah seperti berikut:

  • Tarikh: Sabtu, 4 April 2026
  • Jam: 2:00 – 4.30 petang
  • Tempat: ICC
  • TEMA : Inovasi AI Pemangkin Pembangunan Masyarakat

Kehadiran Tuan/Puan bagi memeriahkan dan memberi sokongan kepada para pelajar sangat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Enable Notifications OK No thanks