Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Perkara: Makluman Jadual Latihan dan Persediaan Peserta Persembahan sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Dengan hormatnya dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai jadual latihan bagi para peserta persembahan seperti berikut:
- Tiada sesi latihan akan diadakan pada Rabu dan Khamis, 11 Mac dan 12 Mac 2026.
- Sesi latihan akan disambung semula pada:
- Jumaat dan Sabtu, 13 Mac dan 14 Mac 2026
- Masa: 8.00 pagi – 11.00 pagi
- Dimaklumkan bahawa tiada latihan akan diadakan sepanjang cuti sekolah yang bermula pada 15 Mac 2026.
- Walau bagaimanapun, semua peserta akan menjalani latihan semula di ICC bermula 30 Mac hingga 2 April 2026 sebagai persiapan bagi acara sebenar.
- Sesi DRY RUN akan diadakan pada 2 April 2026 (Khamis). Pada hari tersebut, semua peserta dimestikan memakai pakaian sebenar yang akan digunakan semasa persembahan.
Kerjasama dan sokongan daripada pihak ibu bapa dan penjaga amat kami hargai bagi persiapan para peserta persembahan.
Sekian, atas kerjasama ibu bapa dan penjaga diucapkan ribuan terima kasih.