LATIHAN PERBARISAN LALU BAGI UPACARA PERHIMPUNAN AGUNG SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KE-41 TAHUN 2025

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Dengan hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar yang tersenarai untuk mengikuti latihan bagi upacara yang disebutkan di atas dan akan diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS).

Sehubugan dengan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mengenai jadual latihan pelajar-pelajar untuk acara tersebut. Tarikh dan tempat latihan adalah seperti berikut:

Sehubungan dengan ini, waktu pembelajaran sebelah petang (Block 6 dan Block 7) akan dibatalkan dan pelajar-pelajar yang terlibat diberi kelonggaran untuk pulang 12.30 tengah hari.

Pengangkutan untuk pelajar akan disediakan semasa hari-hari latihan. Bas akan bertolak dari sekolah pada pukul 7.30 pagi. Bas dijangka tiba semula di sekolah pada pukul 12.30 tengah hari. Untuk makluman, ketibaan pelajar Kembali ke sekolah mungkin mengalami kelewatan disebabkan oleh kesesakan lalu lintas selepas waktu sekolah.

Pada hari Acara Kemuncak, pengangkutan untuk pelajar akan disediakan. Bas akan bertolak dari sekolah pada pukul 6.00 pagi dan akan dijangka tiba semula di sekolah selepas acara selesai. Semua pelajar yang terlibat dikehendaki untuk memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi guru pengawas, Cikgu Airulyanti (+6738605333).

Sekian, harap maklum dan terima kasih atas perhatian serta Kerjasama ibu bapa atau penjaga dalam perkara ini.

Powered By EmbedPress