Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Sukacita ingin memaklumkan bahawa kelas tambahan CCA Gulintangan akan diadakan pada:
- Tarikh : 4 Jun 2025 (Rabu), 14 Jun 2025 (Sabtu) dan 25 Jun 2025 (Rabu)
- Jam : 2.20- 3.30 petang (Blok 7)
- Tempat : History Room Pakaian: Baju Sukan Sekolah
Untuk makluman, kelas tambahan ini dijalankan bagi persediaan pertandingan gulintangan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan. Peringkat saringan pertandingan insya-Allah akan diadakan pada 30 Jun 2025.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai perkara tersebut.