Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Yayasan SHHB akan mengadakan aktiviti ‘Entrepreneur’s Day’ yang mana akan disertai oleh pelajar-pelajar daripada Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Butiran acara adalah seperti berikut:
đ Tarikh : 10hb November 2025 (Isnin)
đ Masa : 9.00 pagi hingga 11.30 pagi
đ Tempat : Courtyard
Aktiviti ini merupakan acara tahunan Sekolah Menengah Yayasan SHHB yang bertujuan bagi melatih dan mendedahkan para pelajar mengenai dunia keusahawanan. Dimaklumkan juga bahawa acara utama pada hari tersebut ialah aktiviti jualan yang akan dikendalikan oleh para pelajar Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Wassalam.