BENGKEL “VOICES OF CHILDREN – LISTEN TO THE FUTURE : CONNECT AND PROTECT”

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) akan mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025. Bersempena sambutan ini, Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah dipelawa ikut serta dalam salah satu program iaitu   Bengkel “Voices of Children – Listen to the Future : Connect and Protect”.  

Tujuan bengkel ini bagi memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyampaikan pendapat cadangan serta solusi bagi hal-hal yang melibatkan mereka, khususnya mengenai keselamatan digital, kesihatan mental dan isu buli. Bengkel tersebut diadakan pada : 

 

🗓 Tarikh dan hari : 22 November 2025 (Sabtu) 

🕒 Masa : 7.30 pagi hingga selesai 

📍Tempat : Rumah Al-Hamasah, Kompleks Sukan Jerudong  

👕 Pakaian : Baju Uniform Sekolah 

 

Sehubungan itu, pihak sekolah akan menghantar seramai 8 orang pelajar sebagai wakil. Nama pelajar yang terlibat :  

Bil.  Nama pelajar  Tahun 
Muhammad Zaky Izzuddin Bin Mohammad Ismail   9 Fast 
Mohammad Aidan Rasheed Bin Haji Azmie   9 Science 2 
Jazmi Dean Bin Jokhizwan  10 Science 1 
Kasyful Warith Bin Haji Hasanorasmihadi   10 Science 1 
Arisya Khayreen binti Haji Muhammad Azizil Hakim   9 Fast 
Alya Nurhusna Batrisyia Binti Mohammad Roddy Iskandar  9 Arts 2 
Nur Syasya Izzati Binti awg  abdul Mutalif  10 Arts2 
Hajah Nurhakimah Khairunnisa Binti Haji Abd Momin   10 Arts 2 

Oleh yang demikian, dipohonkan kerjasama ibu bapa/penjaga yang terlibat agar dapat menghantar anak-anak di Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada jam 7.15 pagi dan borang kebenaran perlu dikembalikan kepada Cikgu Nadirah. Atas kerjasama, sokongan  dan kebenaran yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih. 

Enable Notifications OK No thanks