ACARA PENGIBARAN BENDERA KECIL

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sukacita ingin memaklumkan bahawa pelajar yang disenaraikan di bawah ini akan menghadiri Acara Pengibaran Bendera Kecil sempena Lawatan Negara Puan yang Terutama Dr.Vjosa Osmani-Sandriu, President Republik Kosovo dan Mr Pridon Sandriu, First Gentleman Ke Negara Brunei Darussalam.

Acara tersebut akan diadakan pada:

Tarikh: 5hb Mei 2025
Hari: Isnin
Jam: 8.00 pagi – 11.30 pagi.
Kelas: Tahun 8A dan Tahun 8B
Pakaian: Seragam Sekolah yang lengkap.

Untuk makluman, pengangkutan untuk pelajar akan disediakan. Bas akan bertolak dari sekolah pada pukul 8.00 pagi. Bas akan dijangka tiba semula di sekolah pada pukul 11.30 pagi. Sila ambil perhatian bahawa ketibaan pelajar semula ke sekolah mungkin akan lewat disebabkan oleh kesesakan lalu lintas selepas waktu persekolahan.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan kepada ibubapa dan penjaga mengenai acara tersebut.

 

Powered By EmbedPress