PROGRAM EKSPLORASI MELAYU ISLAM BERAJA 3.0

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Kepada
Ibu bapa dan penjaga pelajar Tahun 9,

Merujuk kepada perkara di atas, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Program Eksplorasi Melayu Islam Beraja yang dianjurkan oleh Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dengan kerjasama Pusat Ilmu Teras Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan akan diadakan seperti berikut:

  • Tarikh: 13 April 2026 (Isnin)
  • Tempat: MPH dan persekitaran kawasan SMYSHHB
  • Masa: 7.30 pagi hingga 11.00 pagi
  • Pelajar terlibat: 9 Fast, 9SC1, 9SC2, 9A1 dan 9A2

Sehubungan itu, kerjasama Pengiran/Tuan/Puan amatlah dihargai untuk mengingatkan para pelajar yang terlibat supaya memakai uniform sukan SMYSHHB pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.

Enable Notifications OK No thanks