PEPERIKSAAN LISAN BAHASA MELAYU BAGI TAHUN 8 2026

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Kepada
Ibu Bapa dan Penjaga Pelajar Tahun 8,

Merujuk kepada perkara di atas, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Peperiksaan Lisan Bahasa Melayu untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Bermula hari Rabu (8/4/2026) sehingga selesai

Tempat : Perpustakaan sekolah

Jam : Mengikut jadual blok Bahasa Melayu masing-masing dan blok kelas PE.

Sehubungan itu, kerjasama Pengiran/Tuan/Puan amatlah dihargai untuk mengingatkan dan memastikan para pelajar hadir dengan memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap, termasuk songkok. Para pelajar juga diwajibkan membawa kad pintar ( I.C ) yang asli.

Bersama ini turut disertakan jadual Peperiksaan Lisan bagi pelajar Tahun 8 sebagai rujukan.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.

Powered By EmbedPress

Enable Notifications OK No thanks