MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT, BACAAN SURAH YASIN DAN DOA KHAS BAGI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Yayasan SHHB akan mengadakan majlis yang tersebut di atas pada:

Tarikh: 19hb Januari 2026
Hari: Isnin
Jam: 7.00 pagi

Tempat:

  • Surau (Pelajar Lelaki Menengah Atas)
  • Black Box (Pelajar Lelaki Menengah Bawah)
  • Lecture Hall (Pelajar Perempuan Menengah Bawah dan Atas)

Perhatian:-

  • Semua guru dan pelajar adalah dijemput hadir.
  • Pelajar lelaki akan menunaikan solat hajat, membaca surah Yasin dan doa khas di surau (pelajar menengah atas) dan di Black Box (pelajar menengah bawah). Sehubungan dengan itu para pelajar adalah dikehendaki membawa sejadah dan buku yasin masing-masing. Pelajar juga digalakkan untuk mengambil wudhu lebih awal dari rumah.
  • Pelajar perempuan akan membaca surah Yasin dan doa khas di Lecture Hall (tidak memerlukan telekong).

Guru-guru dan para pelajar yang terlibat program “Hidup Tanpa Buli” dan perlu bersedia awal pagi adalah tidak dilibatkan, iaitu:

  • PRS
  • AJK

Semoga usaha dan doa daripada para guru dan pelajar akan memberikan keberkatan usia kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, dan seterusnya baginda dilimpahi kesihatan dan kebahagiaan. Aamin  ya Rabbal ‘Alamin.

 

Powered By EmbedPress

Enable Notifications OK No thanks