Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Minggu Tematik dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Melayu, Humanities, Art dan Pendidikan Jasmani. Sehubungan dengan itu, Jabatan Bahasa Melayu akan mengadakan Pertandingan Mencipta Sajak.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Butiran tarikh pendaftaran adalah seperti berikut:
• Tarikh mula pendaftaran: 12 Januari 2026 (Isnin)
• Tarikh tutup pendaftaran: 7 Februari 2026 (Sabtu), jam 4.00 petang
Poster yang mengandungi arahan penyertaan, syarat-syarat serta garis panduan penulisan sajak turut disertakan untuk rujukan.
Oleh yang demikian, pihak sekolah ingin memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa/penjaga agar para pelajar dapat mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.