Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) akan mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025. Bersempena sambutan ini, Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah dipelawa ikut serta dalam salah satu program iaitu Bengkel “Voices of Children – Listen to the Future : Connect and Protect”.
Tujuan bengkel ini bagi memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyampaikan pendapat cadangan serta solusi bagi hal-hal yang melibatkan mereka, khususnya mengenai keselamatan digital, kesihatan mental dan isu buli. Bengkel tersebut diadakan pada :
🗓 Tarikh dan hari : 22 November 2025 (Sabtu)
🕒 Masa : 7.30 pagi hingga selesai
📍Tempat : Rumah Al-Hamasah, Kompleks Sukan Jerudong
👕 Pakaian : Baju Uniform Sekolah
Sehubungan itu, pihak sekolah akan menghantar seramai 8 orang pelajar sebagai wakil. Nama pelajar yang terlibat :
| Bil. | Nama pelajar | Tahun |
| 1 | Muhammad Zaky Izzuddin Bin Mohammad Ismail | 9 Fast |
| 2 | Mohammad Aidan Rasheed Bin Haji Azmie | 9 Science 2 |
| 3 | Jazmi Dean Bin Jokhizwan | 10 Science 1 |
| 4 | Kasyful Warith Bin Haji Hasanorasmihadi | 10 Science 1 |
| 5 | Arisya Khayreen binti Haji Muhammad Azizil Hakim | 9 Fast |
| 6 | Alya Nurhusna Batrisyia Binti Mohammad Roddy Iskandar | 9 Arts 2 |
| 7 | Nur Syasya Izzati Binti awg abdul Mutalif | 10 Arts2 |
| 8 | Hajah Nurhakimah Khairunnisa Binti Haji Abd Momin | 10 Arts 2 |
Oleh yang demikian, dipohonkan kerjasama ibu bapa/penjaga yang terlibat agar dapat menghantar anak-anak di Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada jam 7.15 pagi dan borang kebenaran perlu dikembalikan kepada Cikgu Nadirah. Atas kerjasama, sokongan dan kebenaran yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.