STESEN PENGHANTARAN DAN PENGAMBILAN BEG BEKALAN

LUNCH BAG DROP-OFF AND PICK-UP STATION 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, 

Sukacita dimaklumkan bahawa dengan merujuk laporan mengenai isu kehilangan makanan yang dihantar dan ditinggalkan oleh ibu bapa / penjaga di kaunter sekuriti depan sekolah atau di meja penyimpanan kawasan kantin untuk pelajar-pelajar telah diterima dan diambil maklum oleh pihak sekolah. 

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan kepada para ibu bapa / penjaga, bahawa segala urusan penghantaran makanan ke sekolah adalah atas tanggungjawab ibu bapa / penjaga. 

Walau bagaimanapun, para ibu bapa / penjaga yang berhajat untuk menyerahkan bekal makanan adalah disarankan untuk menghantar terus ke Stesen Penghantaran dan Pengambilan Beg Bekalan Makanan Tengah Hari (Designated Station for Lunch Bag Drop-Off and Pick-Up) yang telah disediakan oleh pihak sekolah bagi pelajar sekolah menengah sahaja. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan setiap bekal makanan yang dihantar itu akan diterima dengan selamat. Untuk makluman, stesen tersebut terletak di Foyer (Bahagian Menengah) berhadapan dengan Courtyard. 

Selain itu, ibu bapa juga disarankan untuk menggunakan lunch bag yang bernama untuk mengelakkan pelajar daripada tersalah ambil. Bersama dengan makluman ini, disertakan dengan Peraturan dan Panduan Penghantaran dan Pengambilan Beg Bekalan (Rules and Guidelines for Lunch Bag Drop-Off and Pick-Up) sebagai rujukan.  

Sekian disampaikan untuk perhatian dan makluman bersama mengenainya. 

Enable Notifications OK No thanks