Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bahasa Melayu akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Radio Televisyen Brunei (RTB) sebagai sebahagian daripada aktiviti akhir tahun. Lawatan tersebut akan diadakan seperti berikut :
- Tarikh: Khamis, 13 November 2025
- Masa: 7:30 pagi – 12:00 tengah hari
- Tempat Berkumpul: Concourse
- Pakaian: Pakaian Sukan Sekolah
- Bayaran: $3
Sila bawa bahan-bahan berikut:
- Buku nota dan pen/pensel untuk mencatat
- Botol air
- Snek ringan
Pendaftaran akan dibuka pada hari Isnin, 13 Oktober 2025 dan tarikh tutup pendaftaran ialah pada hari Khamis, 30 Oktober 2025.
Penyertaan terbuka kepada 40 orang terawal.
Objektif lawatan ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada sejarah penubuhan dan perkembangan media penyiaran RTB. Selain itu, lawatan ini juga dapat memberi pendedahan tentang kerjaya yang berkaitan dengan bidang penyiaran, penerbitan dan media. Peserta juga berpeluang melawat stesen radio dan tidak ketinggalan untuk menyaksikan siaran langsung Rampai Pagi.
Pelajar yang berminat bolehlah berjumpa dengan Cg Nurul atau Cg Nadirah di bilik HEP semasa waktu rehat untuk mengambil borang penyertaan.
Terima kasih atas kerjasama dan perhatian yang diberikan.