UJIAN LISAN BAHASA MELAYU BAGI PEPERIKSAAN BC-GCE PERINGKAT ‘O’ MEI/JUN 2025

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Kepada Ibu Bapa & Penjaga Pelajar Tahun 10F & Tahun 11 (yang berkenaan),

UJIAN LISAN BAHASA MELAYU BAGI PEPERIKSAAN BC-GCE PERINGKAT ‘O’ MEI/JUN 2025

Merujuk perkara tersebut di atas, sukacita dimaklumkan bahawa ujian lisan bagi Bahasa Melayu akan bermula pada:

Tarikh: 14 Apr – 17 Apr 2025
Jam: 1.00 – 4.30 petang
Tempat: Perpustakaan SMYSHHB

Sehubungan itu, dipohonkan kerjasama untuk mengingatkan dan memastikan anak-anak Pengiran/Tuan/Puan supaya membawa Kad Pengenalan serta pakaian seragam lengkap termasuk songkok.

Bersama ini disertakan jadual mengenai mengenai perkara tersebut.

Sekian dan terima kasih.

Powered By EmbedPress

Enable Notifications OK No thanks